Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


Pada hari Sabtu yang lalu, 27 Mac 2010, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Majlis ini telah dihadiri oleh ibu bapa, guru-guru dan para murid-murid. Majlis yang berlangsung seawal 8pagi telah dimulakan dengan bacaan selawat oleh tetamu yang hadir. Bacaan Selawat tersebut telah diketuai oleh murid-murid Tahun 5 dan 6.


Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan dengan penceramah jemputan iaitu Tn Hj Othman bin Hj Ahmad, Mantan Pegawai Pendidikan Agama Daerah Batu Pahat. Sesi ceramah tersebut telah berlangsung selama satu jam dan berjaya menarik perhatian tetamu yang hadir. Ceramah tersebut juga memberikan ilmu yang bermanfaat kepada tetamu yang hadir dan dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian.


Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini bukan sahaja mengeratkan hubungan di antara guru dan murid-murid malah mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan guru.


Majlis tersebut telah berakhir sekitar pukul 9pagi




Para pelajar masih setia menunggu walaupun terpaksa berpanas




0 comments:

Post a Comment